BENGKEL PENULISAN SKRIP DRAMA PENTAS
Para peserta bengkel penulisan skrip drama pentas terdiri daripada Khairul Ridzuan Sakan, Ting Sie Ney, Pauline Singgar anak Nador, Janet Gera, Kamsiah Hanapi dan Kenny Martin
Posted by
Saiee Driss
at
1:41 AM
|
0
comments
Labels:
KPSU,
SAARIKEI,
SKRIP DRAMA
Hampir semua orang bila ditanya apabila ditanya apakah berminat menambah ilmu pengetahuan akan menjawab memang mahu berbuat demikian. Bila disebut ilmu pengetahuan dan pendidikan, imej yang muncul ialah kampus-kampus menara gading atau pusat-pusat ilmu yang semakin banyak di negara kita.
Jarang yang ingat bahawa selain gedung ilmu ada lagi sumber ilmu dan pengetahuan yang amat dekat dengan kita - iaitu alam dan sekitaran kita sendiri termasuk orang-orang dan individu yang kita mungkin temui sehari-hari yang pernah melalui pelbagai pengalaman dan mengetahui pelbagai data dan fakta yang merupakan komponen ilmu.
Dengan menyedari hakikat itu Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak melancarkan berbagai program untuk hampir semua peringkat usia insan muslimin dengan memanfaatkan pelbagai sumber ilmu dan pengetahuan itu.
Salah satu daripadanya ialah Projek Biografi - mengusahakan penulisan dan penerbitan biografi, autobiografi dan memoir mengenai orang-orang di sekitar masyarakat hari ini, terutama warga emas dan warga suasa yang telah melalui pelbagai sepak terajang kehidupan.
Kita telah bertemu dengan ramai warga emas dan pesara yang ghairah untuk bercerita dan mengisahkan pelbagai pengalaman mereka seperti menyaksikan proses penubuhan Malaysia, mengharungi zaman darurat dan pemberontakan komunis ketika mana kawasan Matang Jaya kini merupakan sarang komunis dengan amat kerap mayat mangsa keganasan komunis dijumpai terguling di tepi jalan, atau melalui kehidupan di bawah perintah berkurung dan pentadbiran RASKOM.
RASKOM? Memang tidak ramai yang masih ingat gejala RASKOM.
Ke arah itu di bawah Projek Biografi, Biro dengan kerjasama pelbagai pihak akan mengadakan sesi-sesi pengisahan atau bercerita pengalaman kepada khalayak yang dijemput atau memohon untuk menghadirinya supaya dapat mendengar orang bercerita pengalaman mereka.
Bahan yang diceritakan itu dirakam dan didokumentasikan dengan matlamat akhirnya dibukukan.
Ini memang memerlukan perancangan rapi kerana memang ramai yang ada cerita dan ada pengalaman yang menarik dan hebat tetapi amat sedikit yang tahu dan bersedia untuk menghasilkan tulisan daripada pengalaman itu. Tidak tahu bagaimana nak mula, atau tiada kemudahan untuk menulis terutama dengan wujudnya ICT sekarang. Ada yang risau kerana tidak menguasai pengungkapan atau ekspresi. Maka kebanyakan cerita pengalaman penting itu pergi bersama jasad-jasad ke liang lahad apabila tiba masanya.
Bersama setiap jasad yang dikebumikan adalah khazanah pengalaman dan cerita yang sebenarnya himpunan ilmu yang boleh melengkapi ilmu yang ada.
Kita cuba mengatasi masalah penulisan itu dengan berusaha menyediakan seorang anak muda yang mampu menggunakan komputer untuk memproseskan skrip atau manuskrip dan berusaha membiayai sedikit sebanyak ongkos penyelidikan yang diperlukan.
Gandingan begini akan memberi kemudahan perakaman dan pendokumentasian kepada warga emas dan suasa sementara memberi bahan untuk ditulis kepada warga remaja belia, sehingga sesebuah projek itu menjadi projek bersama.
Maka sebagai langkah awal akan diadakan Sesi Pengisahan Pengalaman pada 23 Mei 2009 (Sabtu) mulai jam 8 pagi hingga sekitar 2 tengah hari.
Jadualnya seperti berikut:
Posted by
Saiee Driss
at
5:44 PM
|
1 comments
Labels:
BPPMIS,
PROJEKBIOGRAFI
Posted by
Saiee Driss
at
4:59 PM
|
1 comments
Labels:
ADI BADIOZAMAN TUAH,
HARI GURU,
UTUSAN SARAWAK
Diceraikan atau dimadu? Mestikah ada pihak bersalah dalam kes pooligami? Itu persoalan asas cerpen Sehayat Pertemuan tulisan Rosani Hiplee dalam sisipan Yang Indah Itu Bahasa di akhbar Utusan Borneo hari ini, 11 Mei 2009. Rosani bijak mengemukakan adegan dan babak-babak ceritanya sehingga kita tidak boleh menyalahkan sesiapa di dalam konflik cerpennya, walaupun masih ada rasa hendak menuding jari ke arah sesuatu pihak, iaitu kecenderungan biasa dalam kes konflik sedemikian.
Pusar ceritanya ialah rumahtangga Amir dan Khatijah yang sekian lama bahagia tergugat setelah Amir, seorang pemandu jabatan kerajaan negeri ditangkap khalwat dengan seorang pegawai sejabatannya yang kebetulan pernah menjadi kekasihnya semasa bersekolah.
Amir masuk ke bilik Hartini, pegawai yang dibawanya dalam pemergian kerana menghantar burger yang dipesan oleh Hartini yang kelaparan kerana baru sahaja sembuh daripada migrain. Ketika mereka hendak memakan burger itulah datang sekumpulan kakitangan penguatkuasa agama mencekup mereka. Situasi tidak membolehkan mereka menafikan tuduhan berkhalwat.
Kita boleh faham bahawa kehadiran kumpulan penguatkuasa adalah kerana semasa mendaftar masuk Amir memapah Hartini yang sedang sakit ke bilik hotelnya.
Untuk menegaskan konflik dan sikap terhadap poligami Rosani memasukkan dalam cerpennya adegan Amir dibelasah oleh abang iparnya yang marah dengan keputusan Amir mahu berkahwin juga dengan Hartini lalu mendesak supaya Amir menceraikan Khatijah adiknya.
Amir memberi alasan membuat keputusan berkahwin dengan Hartini kerana terdesak demimenjaga maruah dan kerjaya Hartini.
Rosani bijak melukis babaknya sehingga pembaca tidak boleh menyalahkan Umar ipar Amir yang menyerang Amir, kerana sewajarnya itu boleh berlaku. Dan Rosani membantah keputusan Amir mahu berkahwin juga dengan Hartini melalui hujahan Haji Hassan, bapa mertua Amir yang mengisahkan tentangan Nabi Muihamad s.a.w. terhadap perbuatan Ali mahu memadukan Fatimah puterinya. Di sini Rosani membawa satu elemen yang jarang orang perhati.
Rosani mengakhiri cerpennya diakhiri dengan ungkapan berbunyi – sayu hati Khatijah yang larut dalam doanya yang rahsia.
Satu lagi aspek yang menarik dalam cerpennya ini ialah nama watak-watak dewasanya bersamaan nama tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan Nabi Muhamad s.a.w. iaitu Khatijah, menghampiri nama isteri pertama nabi, Umar salah seorang Khatijah dan Hassan nama salah seorang cucu Rasulallah. Ini memperlihatkan yang Rosani mahu persoalan kekeluargaan Islamik itu diputus secara bijak dan Islamik.
Cerpen ini membuktikan yang Rosani merupakan seorang tukang ensera yang bijak menyusun ceritanya sehingga tumpuan perhatian dan reaksi jiwa pembacanya bukan kepada kebencian terhadap mana-mana pihak atau perbuatan poligami, hanya kepada kewajaran rtindakan masing-masing.
Cara bercerita dan laras bahasanya segar. Misalnya kalau sebelum ini ungkapan digunakan ialah memandang tepat kea rah anak mata, Rosani menggunakan iris sebagai mengganti anak mata.
Tahniah kepada Rosani yang berjaya menggubah cerita dasn tema yang biasa dan sudah tidak lagi kuat tarikannya kerana lumrah, menjadi satu pengisahan yang tidak membosankan malah boleh membawa pembaca berfikir wajar dan seimbang terhadap personalannya.
Dalam YIIB kali ini juga disiarkan sebuah puisi berjudul Mama Yang Ibu tulisan Ainul Fatihah dari Kuching
MAMA YANG IBU
(kepada wanita bergelar ibu …)
Matahari suram bercahaya
Cerita tak lagi cerita
Ibu pergi tinggalkan cinta
Rindu hati ingin bersua
Bersujud aku kepadaNYA
Seturut makna berlalu
Hadirmu berikan senyum
Luhur harumkan jiwa
Syahdu ertikan rasa
Sepertinya ibu
Kembali menyapa
Menatap matamu
Hati bersentuhan
Mendengar suaramu
Girang berperi
Terasa jemari ibu
Memimpinku
Untuk kembali berani
Menghadapi hidup ini
Mama persisnya ibu
Sekalipun bukan melahirkan
Tapi jujur kasih tercipta
Nafaskan kucup saying
Seorang ibu..
Ainul Fatihah
Kuching
Posted by
Saiee Driss
at
7:11 PM
|
2
comments
Labels:
20090510,
CERPEN,
ROSANI HIPLEE,
YIIB
Posted by
Saiee Driss
at
7:32 AM
|
0
comments
Labels:
BPPMIS,
PROJEKBIOGRAFI
Posted by
Saiee Driss
at
1:50 AM
|
0
comments
Labels:
BH 20090503,
CERPEN,
ZAINI OZEA
Apabila menatap Yang Indah Itu Bahasa, sisipan kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak di akhbar Utusan Borneo hari ini (4 Mei 2009) saya lantas tertarik dengan tajuk rencana utamanya iaitu Mendekati Kehalusan Sastera.
Saya menjadi teruja kerana penulisannya ialah Roslan Jomel yang cukup disanjungi oleh rakan saya Zaini Ozea.
Saya sendiri pun memang mengagumi karya-karya kreatif anak muda ini.
Ketika menatap tajukl itu saya amat berharap rencana itu adalah pandangan dan kupasan Roslan Jomel terhadap alam penulisan, iaitu satu pandangan anak Sarawak yang kini bermastautin di ibu negara.
Harapan itu adalah kerana saya banyak membaca komentarnya di blognya yang saya rasa patut diangkat ke media cetak.
Rencana itu rupa-rupanya ulasan anak muda ini terhadap buku tulisan Sasterawan Negara Profesor Muhamad Haji Salleh, Permata di Rumput Gilang: Sastera Sebagai Ruang Bangsa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2008.
Ulasannya cukup menarik dan membantu kita untuk pergi membaca buku yang berkenaan kalau kita serius mahu mengetahui aras pencapaian para penulis dalam bidang kesusasteraan pada arena dunia.
Di situ, Roslan yang jarang-jarang menulis ulasan buku di media cetak berjaya mengajak para penulis dan pembaca terhadap buku tulisan Sasterawan Negara itu.
Namun sebagaimana selalu tulisan mengenai topik begini, perhatian pembaca umum kurang tertarik kerena mereka lebih tertarik dengan cerita sensasi politik dan dunia hiburan.
Tahniah harus diberikan kepada Roslan.
Teruskan usaha anda dalam bidang penulisan rencana dan ulasan karya.
Selain rencana Roslan Jomel, sebuah lagi tulisan yang disiarkan dalam sisipan berkenaan ialah sajak berjudul Hargha Sebuh Duka karya Ahmad A.H.
HARGA SEBUAH DUKA
Waktu nian suram muram
tiada sirna bulan mengambang
gerhana di tabir kelam
dan mendung mega yang memukat guruh taufan
lautan yang merintih sedih
Apa harga sebuah duka
penawar yang tawar
kerana racunnya hiba
nilai ringgit atau terbina tahta permata
atau setinggi gunung selautan harta
Lantas luka itu nyanyian duka yang derita
dari hati tersentuh luluh dalam robek jiwa retak
sunyi berlaruh tanmpa roh di sisinya
Dan kerana duka itu milih tuhan
abadikan kesempurnaan
dalam rona takwa yang hakiki.
Ahmad A.H.
Posted by
Saiee Driss
at
6:08 PM
|
2
comments